Total Pageviews

About Me

My photo
Im a lovely wife to Mohd Nazrul Rani, and a beautiful mother to my handsome boy Harith Naufal bin Mohd Nazrul & beautiful princess Nur Rania Sophea Binti Mohd Nazrul.

Followers

Powered by Blogger.

Sunday, August 26, 2012

Harith Naufal di Hari Raya Pertamanya.. :)

Hi anak mama,

Hari nie hari raya ke-8 dah. Br mama sempat nak upload picture dlm blog Harith.. :) Mama & papa org yang paling excited sebab dapat celebrate dgn anak mama nie.. last year Harith dlm perut lagi.. :) This year papa decide pilih tema colour Maroon.... Last year colour purple. This year persiapan byk kat Harith je.. cari bj melayu, seluar jeans, t-shirt.. papa belikan harith sampin siap.. cute je anak mama.. :) kesian kat papa tau sampai terlupa nak beli baju sendiri sebab sibuk uruskan Harith punye kelengkapan.. :) papa sempat beli bj melayu je.. papa, papa. hihi..


With papa


With auntie z yg vogue

With mak tok, atuk, moyang, atuk busu.. Pak usu je yg takde dlm gambar nie.. pak usu keje..
First pagi raya kita raya kat umah nenda dulu, pastu br kita gerak ke umah mak tok. then brlah kita beraya ke umah sanak sedara.. Raya kedua pulak kita blk melaka.. raya ketiga kita dah ada kat umah kita dah.. beraya kat umah nenda balik.. :) Mak long buat family photoshoot...

Our first family picture

Tgk tu Harith x tgk camera.. :)

Mama too busy sampai xdpt nak posing dgn Harith. Mama br perasan mama ada satu je picture dgn anak mama.. so frustrated.. :(
Masa dekat Melaka kelam kabut sikit sebab byk rumah nak kena gi.. x sempat nak bergambar kat sana:( mama so frustrated!! takpelah papa ckp nanti kita bergambar dekat studio.. :) Yeayyyy.. :) So inilah dia picture yang mama ada untuk mama tunjuk kat Harith bila Harith dah besar nanti.. :) Selamat Hari Raya sayang.. mama & papa love you.. muahhh.. :)


Monday, August 13, 2012

Luahan hati mama

Hi anak mama,
Assalamualaikum,

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka. Begitu juga dengan mama. Mama nak sangat sangat Harith Naufal belajar rajin rajin, dapatkan kerja yang baik, yang bagus yang ada future. Dan kalau boleh mama nak Harith pilih kerjaya yang mulia. Mama x akan paksa Harith untuk jadi itu jadi ini. But, mama will guide you sampai la Harith dah ada kerjaya nanti.  Mama nak Harith gunakan masa yang ada untuk Harith betul betul gunakan peluang yang ada. Masa zaman mama mak tok dgn atok x dpt nak guide mama sebab diorang x tau pasal universiti nie. So mama terpaksa decide sorang sorang dan hari nie mama menyesal sebab mama x dapat kerja yang mama minat sampai hari nie. Mama x nak Harith Naufal dan anak mama yang lain jd mcm mama. Pindah sana sini kerja. Kerja pun x tetap. Org lain dpt bonus mama tgk je.. sebab mama x dpt... sedih kan mcm tu...

Kalau boleh mama nak tgk anak mama berjaya dengan hasil titik peluh sendiri & juga hasil dorongan mama & papa. Papa idola mama. Papa sangat sangat hardworking sayang dan mama berharap agar Harith dpt jadi mcm papa.. Papa selalu ckp papa sekolah x tinggi, x ada kelulusan Universiti. Mama sedih je dengar. Tp walaupun papa xde ijazah tapi bagi mama papa MASTER dlm kerjaya papa. Papa belajar dari bawah untuk berada di tahap selesa seperti sekarang ini. Papa kalau boleh nak Harith jadi Doctor. Papa ckp kerja Engineer pun bagus tapi papa dah rasa kerja engineer tu mcm mana. Papa prefer Harith belajar rajin rajin, jadi Doctor. Tolong org papa cakap. Kerja yang sangat mulia.

Zaman sekarang nie ramai anak anak muda yang pandai-pandai. Mama x nak anak mama tercicir. Ekonomi skrg nie makin tinggi inikan pula zaman anak anak mama nanti.. Entah mcm mana la agaknya ekonomi negara kita pada masa itu. Barang semua dah mahal, harga rumah pun semakin tinggi. If tercicir mcm mana nak hidup?? Oleh itu apa yang mama & papa buat utk Harith adalah yang terbaik. Ada reason kenapa mama & papa buat mcm tu. Impian mama & papa nak tgk anak mama berjaya. Bukan setakat berjaya dalam hidup namun berjaya menjadi anak yang soleh & solehah juga. Amin. Masa Harith dlm perut lagi mama dah ckp kat papa kalau boleh anak lelaki mama nak anak mama jadi Doctor, kalau anak perempuan mama nak anak mama jadi pensyarah/cikgu. Lepas tu mama selalu ckp mama nak jadi peneman/kawan yang setia utk anak anak mama. Disaat suka, duka. Mama will always be there for you sayang. Mama x boleh nak ada dgn Harith 24 jam. Sebab mama bekerja.. Tapi mama akan sama sama teman Harith study, buat homework.. Mama teman Harith bila Harith ada event. Insyaallah.. Walau apa pun mama & papa hanya merancang namun semuanya ketentuan Allah s.w.t. Insyaallah mama akan cuba untuk didik anak mama sebaiknya.