Hi anak mama,
Assalamualaikum,
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka. Begitu juga dengan mama. Mama nak sangat sangat Harith Naufal belajar rajin rajin, dapatkan kerja yang baik, yang bagus yang ada future. Dan kalau boleh mama nak Harith pilih kerjaya yang mulia. Mama x akan paksa Harith untuk jadi itu jadi ini. But, mama will guide you sampai la Harith dah ada kerjaya nanti. Mama nak Harith gunakan masa yang ada untuk Harith betul betul gunakan peluang yang ada. Masa zaman mama mak tok dgn atok x dpt nak guide mama sebab diorang x tau pasal universiti nie. So mama terpaksa decide sorang sorang dan hari nie mama menyesal sebab mama x dapat kerja yang mama minat sampai hari nie. Mama x nak Harith Naufal dan anak mama yang lain jd mcm mama. Pindah sana sini kerja. Kerja pun x tetap. Org lain dpt bonus mama tgk je.. sebab mama x dpt... sedih kan mcm tu...
Kalau boleh mama nak tgk anak mama berjaya dengan hasil titik peluh sendiri & juga hasil dorongan mama & papa. Papa idola mama. Papa sangat sangat hardworking sayang dan mama berharap agar Harith dpt jadi mcm papa.. Papa selalu ckp papa sekolah x tinggi, x ada kelulusan Universiti. Mama sedih je dengar. Tp walaupun papa xde ijazah tapi bagi mama papa MASTER dlm kerjaya papa. Papa belajar dari bawah untuk berada di tahap selesa seperti sekarang ini. Papa kalau boleh nak Harith jadi Doctor. Papa ckp kerja Engineer pun bagus tapi papa dah rasa kerja engineer tu mcm mana. Papa prefer Harith belajar rajin rajin, jadi Doctor. Tolong org papa cakap. Kerja yang sangat mulia.
Zaman sekarang nie ramai anak anak muda yang pandai-pandai. Mama x nak anak mama tercicir. Ekonomi skrg nie makin tinggi inikan pula zaman anak anak mama nanti.. Entah mcm mana la agaknya ekonomi negara kita pada masa itu. Barang semua dah mahal, harga rumah pun semakin tinggi. If tercicir mcm mana nak hidup?? Oleh itu apa yang mama & papa buat utk Harith adalah yang terbaik. Ada reason kenapa mama & papa buat mcm tu. Impian mama & papa nak tgk anak mama berjaya. Bukan setakat berjaya dalam hidup namun berjaya menjadi anak yang soleh & solehah juga. Amin. Masa Harith dlm perut lagi mama dah ckp kat papa kalau boleh anak lelaki mama nak anak mama jadi Doctor, kalau anak perempuan mama nak anak mama jadi pensyarah/cikgu. Lepas tu mama selalu ckp mama nak jadi peneman/kawan yang setia utk anak anak mama. Disaat suka, duka. Mama will always be there for you sayang. Mama x boleh nak ada dgn Harith 24 jam. Sebab mama bekerja.. Tapi mama akan sama sama teman Harith study, buat homework.. Mama teman Harith bila Harith ada event. Insyaallah.. Walau apa pun mama & papa hanya merancang namun semuanya ketentuan Allah s.w.t. Insyaallah mama akan cuba untuk didik anak mama sebaiknya.